top of page
  • Writer's pictureSalehuddin Arsat

Radamel Falcao Sertai JDT

Penyerang antarabangsa Colombia, Radamel Falcao sekali lagi dikaitkan dengan perpindahan ke JDT baru-baru ini selepas ejen beliau, Morris Pagniello berkongsi satu hantaran di Instagram bersama pemain itu turut menyatakan/tagging pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Lebih menarik hantaran tersebut turut mendapat respon daripada TMJ dan Falcao sendiri yang memberi indikasi segala-galanya sedang berjalan lancar.

Walaupun tidak menyatakan secara jelas apakah maksud sebenar komunikasi tersebut, hantaran tersebut pantas mecetuskan spekulasi Falcao bakal menyertai juara Liga Super Malaysia (MSL) sembilan kali berturut-turut dalam masa terdekat.


Sekiranya perpindahan ini terjadi, ia bakal menjadi pasukan kesepuluh dalam karier gemilangnya yang pernah dikenali sebagai salah seorang penyerang paling digeruni generasinya.



36 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page