top of page
  • Writer's pictureEditor

'RAMAI YANG NAK JATUHKAN PASUKAN SELANGOR' – FAISAL HALIM


Pemain sayap Selangor, Faisal Halim menzahirkan rasa kecewa susulan kekalahan pasukan Selangor hari ini. Selangor terpaksa akur apabila tewas 2-1 kepada Sabah pada aksi Liga Super LS10 di Stadium Likas. Penjaring tunggal Selangor itu menjelaskan para pemain Selangor perlu terus fokus untuk aksi yang akan datang dan segera melupakan episod kekalahan ini. “Kita perlu teruskan perjuangan apa yang penting kita berada dalam landasan yang baik. Saya harap kepada semua pemain-pemain, dengan keputusan malam ini tak menjatuhkan kita.”

Dalam pada itu, pemain berusia 25 tahun ini merasakan bahawa ada beberapa pihak yang sedang dalam usaha untuk menjatuhkan pasukan Selangor. Beliau menyeru agar berlaku adil dan sentiasa jujur untuk kelansungngan bola sepak tempatan. “Kita tahu ramai yang ingin menjatuhkan pasukan Selangor, ramai yang tak senang hati dengan pasukan Selangor. Tapi inilah bola sepak, kita perlu bermain dengan adil dan kita perlu ingat tentang kejujuran.”

“Kami dari pihak Selangor inginkan perubahan, taknak benda yang sama berlaku,” ujar Faisal ketika ditemu bual MakanBola di Stadium Likas, hari ini.


Selangor bakal berdepan cabaran pasukan Perak untuk aksi ke-11 Liga Super. Perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung di Stadium Ipoh pada 20 Mei kelak. Sumber Info : MakanBola


0 views0 comments

コメント

5つ星のうち0と評価されています。
まだ評価がありません

評価を追加
bottom of page