top of page
  • Writer's pictureSalehuddin Arsat

SafeeSali_10 umum persaraan

Safee Sali mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak hari ini. Keputusan ini diumumkan dalam satu sidang media khas di Sofitel Kuala Lumpur, Damansara.

Menurut bekas penyerang Johor Darul Takzim itu, keputusan ini bukan sesuatu yang mudah. Tetapi melihat dirinya tidak dapat bersaing secara kompetitif dengan pemain lain terutama di bahagian serangan, maka persaraan merupakan langkah terbaik.

“Saya merasakan walaupun saya tidak mempunyai kecederaan yang serius, tapi saya rasakan tidak mampu lagi bersaing secara kompetitif dengan pemain lain terutama di bahagian serangan.

“Saya rasa saya boleh beralih kepada bab seterusnya dalam kehidupan. Selepas ini, saya boleh fokus kepada apa yang mahu saya lakukan terutamanya akar umbi pemain-pemain muda kita,” katanya lagi.

Safee sudah mempunyai beberapa rancangan pasca-karier nya.

“Saya mempunyai perancangan untuk membuka akademi bola sepak dan padang bola saya sendiri. Itu merupakan perancangan masa hadapan selepas ini"

Dan tugasan pundit bersama Astro Arena, saya takkan meninggalkan terus industri bola sepak. Saya akan terus memberi input-input yang pernah saya belajar, pengalaman yang saya dapat dan saya akan kongsikan dengan peminat-peminat bola sepak tanah air untuk memberi pengetahuan semula kepada komuniti.

“Tak lupa juga kepada peminat-peminat saya di luar sana yang ingin mengetahui siapakah latar, tulang belakang kejayaan saya selama ini, saya sedang membuat dokumentari tentang jatuh dan bangun seorang Safee Sali.

“Selepas ini, saya ada rancangan untuk membuka saluran YouTube Sports Tarik untuk berkongsi. Dan pengalaman saya takkan meninggalkan langsung dunia sukan.

“Niat saya ialah membangunkan sukan bola sepak tanah air. Dan segala minat dan kasih sayang saya terhadap bola sepak, saya takkan tinggalkan,” tambahnya lagi.


Selamat Bersara Safee Sali

Selepas 20 tahun beraksi sebagai pemain bola sepak profesional, Safee Sali, hari ini secara rasmi mengumumkan persaraan beliau pada usia 39 tahun 23 hari.

76 kaps dan 23 gol bersama Harimau Malaya dari 2006 hingga 2017, terima kasih SafeeSali_10 Official !


3 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page