top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

Saingan MPFL 2023 Singkap Tirai pada 18 Februari 2023

Pertandingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2023 bagi kategori lelaki akan bermula pada Sabtu, 18 Februari 2023 dengan disertai oleh 14 pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut zon.


Kumpulan A terdiri daripada pasukan ATM, Kedah, KPT-PST Mustangs, Pahang Rangers FC, Pulau Pinang, Sabah dan Terengganu.



Sementara Kumpulan B menampilkan pasukan Johor Darul Ta'zim, KL City FC, Kuala Lumpur, PFA Odin Sarawak, Selangor MAC, Selangor TOT United dan Shah Alam City.


Pertandingan dijalankan secara format liga dua pusingan (home & away) di venue pilihan pasukan yang mana setiap pasukan akan beraksi sebanyak 12 perlawanan.


Selepas berakhir saingan liga tersebut, Malaysia Futsal Cup (MFC) 2023 pula bakal menyusul pada Ogos dan September 2023.


Credit to : Football Association of Malaysia FB Page


#ThePhotoshooterz#MalaysiaLeague2023#mfl #TPS #HarimauMalaya#SPORTSREPUBLIC#SportsRepvblic #FootballAsia#RepvblicSukan

1 view0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page