top of page
  • Writer's pictureEditor

SANG PENYU TEMPANG HADAPI GERGASI MERAH

Ketua jurulatih Terengganu FC Tomislav Steinbruckner mengakui bahawa tugas yang sukar menantinya apabila akan berhadapan dengan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya ( MBPJ) malam ini.


Pengurus kelahiran Croatia itu mengatakan bahawa walaupun pasukannya telah memenangi empat perlawanan berturut-turut, ia tidak menjamin kemenangan untuk skuad menentang Selangor FC yang berada di tahap terbaik ketika ini.


“ Kami tahu Selangor FC mempunyai banyak pemain berkualiti. Mereka juga dalam bentuk terbaik. Tetapi kami juga telah membuat banyak peningkatan dengan memenangi empat perlawanan berturut-turut. Jadi, saya harap pemain kita dapat melakukan yang lebih baik dan mengekalkan momentum.


Tomislav Steinbruckner mengharapkan sekurang-kurang membawa pulang satu mata dari Selangor malam malam ini. Namun, Steinbruckner mengakui bahawa kecederaan yang dialami oleh beberapa pemain pertahanannya membuatnya sakit kepala kerana kekurangan simpanan.

Oleh itu, dia harus bergantung pada trio penyerang Adisak Kraisorn, Ivan Mamut dan Jordan Mintah yang telah menjaringkan enam gol di Liga Super dan Piala FA setakat ini.


“ Argzim ( Argzim Redzovic ) dan Nijey ( Shahrul Nizam Ros Hasni ) masih mengalami kecederaan dan Sardor ( Sardor Kulmatov ) hanya mempunyai 50-50 peluang bermain malam ini.


Sementara itu, kapten TFC Habib Haroon menggesa rakan sepasukannya meningkatkan mutu permainan mereka bagi menamatkan rentetan kekalahan apabila bermain di tempat lawan.


Artikel: Mohd Hazrul



3 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page