Skuad kendalian Dato’ Yunus Aliff membawa kelebihan defisit 3 jaringan untuk dibawa ke Stadium Negeri Sarawak bagi Perlawanan Akhir Kedua MFL Challenge Cup 2023 yang akan diadakan pada 3hb Disember nanti.
PDRM FC berjaya memberikan kebangkitan yang luarbiasa biasa apabila ketiga-tiga jaringan muncul pada babak kedua perlawanan.
Sang Saka Biru menggunakan segala kesempatan dalam babak kedua di Stadium MBPJ untuk mencetak tiga jaringan menerusi tandukan Nabil Latpi pada minit ke-54, penyudah Uche Agba (m-64) yang menyambut hantaran tinggi dengan tendangan deras sebelum disusuli gol daripada ketua pasukan, Amir Saiful Badelli (m-78).
Pergelutan pelawat yang dibawah bimbingan Adil Sharin Sahak itu semakin terserlah apabila gagal menggugat penjaga gawang tuan rumah, Ramadhan Hamid, untuk sebarang percubaan tepat untuk sebahagian besar perlawanan.
Mampukah Aidil Shahrin Sahak merangka taktikal dan strategi ampuh untuk bangkit di halaman sendiri sekaligus memberikan kejutan dan menang pada perlawanan kedua nanti.
Comments