top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

SELAMAT DATANG HECTOR BIDOGLIO!



SELAMAT DATANG HECTOR BIDOGLIO!


Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan Hector Pablo Bidoglio akan membimbing JDT bagi menggantikan Benjamin Mora yang melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih skuad Harimau Selatan semalam.


Menerusi kenyataan di laman rasmi Johor Southern Tigers, pengendali berusia 54 tahun yang pernah beraksi untuk pasukan kebangsaan Venelueza dilantik selaku ketua jurulatih skuad Harimau Selatan berkuat kuasa serta-merta.


"Hector memulakan karier kejurulatihan dengan kelab Argentina, Newell's Old Boys. Beliau sebelum ini pernah menjadi jurulatih dalam divisyen teratas di Argentina, Peru dan Ecuador.


"Pengendali berusia 54 tahun ini pernah menimba ilmu di kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis. Beliau juga telah berguru dengan pengurus tersohor Marcelo Bielsa ketika bersama-sama pasukan kebangsaan Chile pada 2009," kata kenyataan itu.


Sebelum dilantik secara rasmi, Bidoglio hadir menyaksikan skuad Harimau Selatan menentang Sarawak pada aksi liga di Stadium Sarawak, Kuching, malam tadi dan menjadi saksi kemenangan bergaya pasukan itu menewaskan skuad Kenyalang Emas 4-0 pada perlawanan itu.


Dengan pengumuman itu, tugas Bidoglio pasti terarah bukan sahaja mengharungi saingan liga dan separuh akhir Piala FA menentang Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, 5 Ogos ini.


Malah persiapan yang rapi juga menjadi sandaran JDT tatkala berdepan Urawa Red Diamonds pada aksi pusingan 16 pada saingan Liga Juara- Juara Asia (ACL), pertengahan bulan depan.Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim dengan sukacitanya mengumumkan Hector Bidoglio, bekas pemain Venezuela sebagai ketua jurulatih Harimau Selatan berkuat kuasa serta merta.


Hector memulakan karier kejurulatihan dengan kelab Argentina, Newell's Old Boys. Beliau sebelum ini pernah menjadi jurulatih dalam divisyen teratas di Argentina, Peru dan Ecuador.


Pengendali berusia 54 tahun ini pernah menimba ilmu di kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis. Beliau juga telah berguru dengan pengurus tersohor Marcelo Bielsa ketika bersama-sama pasukan kebangsaan Chile pada 2009.


Selamat Datang dan selamat maju jaya Hector!

1 view0 comments

Commentaires

Noté 0 étoile sur 5.
Pas encore de note

Ajouter une note
bottom of page