top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

Liga Super : Selangor Bangkit Kecewakan KL City di Cheras


Selangor FC bangkit daripada ketinggalan sebelum melakar kemenangan 3-1 ke atas KL City FC dalam aksi derbi Lembah Kalng saingan Liga Super, di Stadium Cheras, malam tadi.


Permulaan musim skuad KL City kendalian Bojan Hodak yang kurang cemerlang menyaksikan tanpa sebarang daripada lima perlawanan memaksa mereka untuk mendapatkan kemenangan ketika menerima kunjungan Selangor.


Mereka memperoleh langkah kanan pada permulaan permainan apabila berjaya membuka jaringan menerusi Tchetche Kipre apabila rembatannya dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid pada minit ke-24.


Ketinggalan tidak mematahkan semangat gergasi Merah Kuning dan mereka terus mengasak kubu pertahanan tuan rumah sehinggalah sepakan penalti dihadiahkan apabila bola terkena tangan Kamal Azizi sebelum Ayron del Valle berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-32.


Selangor sekali lagi memperoleh sepakan penalti apabila Ayron dijatuhkan Azri Ghani sebelum Faisal Halim memastikan jaringan pertamanya musim ini bersama Selangor terhasil lapan minit kemudian.


Kedua-dua pasukan terus mempamerkan corak permainan yang positif, saling melancarkan serangan demi serangan bagi mendapatkan jaringan dalam separuh masa kedua.


Bagaimanapun, skuad Tan Cheng Hoe yang berjaya menambah jaringan sekali lagi menerusi Ayron pada minit ke-54, gerak tari pemain import kelahiran Colombia itu bijak menewaskan Azri untuk meledak gol kedua peribadi dalam perlawanan ini.


Kemenangan ini meletakkan Selangor menyamai kedudukan 13 mata dengan Sabah yang tewas kepada JDT 4-0 dan hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

0 views0 comments

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
bottom of page