top of page
  • Writer's pictureMohd Redzuan Moslim

‘SEPULUH YANG CUKUP SEMPURNA’


Johor Darul Ta’zim FC mengesahkan Kejuaraan Ke-10 Liga Super Malaysia mereka secara berturut-turut apabila mudah menjinakkan Skuad Sang Saka Biru di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.



Dengan rekod 22 perlawanan tanpa tewas setakat ini, Harimau Selatan sah untuk mengekalkan Piala Liga Super itu meskipun liga masih berbaki 4 perlawanan.


Secara Ilmu Hisab, tiada satu pasukan pun mampu untuk mencabar kedudukan nombor satu hingga akhir liga 2023 ini meskipun Harimau Selatan tewas dalam baki perlawanan liga itu nanti.



Empat gol terhasil pada perlawanan menentang PDRM FC itu. Bergson Da Silva terlebih dahulu memecah kebuntuan apabila melepasi beberapa pemain pertahanan pelawat sebelum meledak pada minit ke-37.



Juan Muniz melakukan satu sepakan yang cukup bermutu tinggi untuk gol kedua tuan rumah sebelum Arif Aiman menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil pada minit ke-53.



Fernando Forestieri melengkapkan kemenangan bergaya Tuan Rumah apabila hanya memerlukan kurang 1 minit di atas padang dengan melepasi perangkap offside sebelum menolak masuk ke dalam gawang dan ia merupakan gol ke-18 buat Forestieri untuk Liga Super 2023.


Dengan ini, Johor Darul Ta’zim FC dinobatkan sebagai Juara Liga Super Malaysia 2023 untuk kali kesepuluh secara berturut.


TAHNIAH JDT!!

1 view0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page