top of page
  • Writer's pictureEditor

Sistem Pressing Kedah Rantai Pergerakan Terengganu



Perlawanan Kedah Darulaman FC (KDA FC) bertemu Terengganu FC (TFC) sememangnya dinantikan peminat kedua-dua pasukan.



Penyokong KDA FC menerima kedatangan semula lagenda Liridon Krasniqi ke Stadium Darul Aman yang pernah mengangkat gah beliau beraksi dalam liga tempatan.

Dari sisi yang lain, penyokong TFC juga melihat kelibat tiga bekas tonggak utama pasukan mereka iaitu Manuel Ott, Lee Tuck dan bekas jurulatih Nafuzi Zain yang menyarung jersi berbeza.



Nafuzi mengekalkan kesebelasan utama ketika bertemu Perak FC tempoh hari dengan sistem formasi 4-1-4-1. Kepercayaan ini dibalas sepenuhnya dengan permainan bertenaga pemain sepanjang perlawanan.



Dalam fasa menyerang, salah seorang fullback khususnya Ariff Farhan akan berada di DMF overloading pemain di bahagian tengah.


Ariff Farhan juga akan berada di half-space lawan bagi membantu serangan pasukan. Hidalgo juga berperanan sebagai inverted winger.

Keadaan ini membolehkan KDA FC mendominasi bahagian tengah.

Antara yang boleh dipuji dalam aksi malam ini adalah pressing yang efektif secara individu dan berpasukan serta attacking transition yang pantas.

KDA FC menerapkan taktikal man-to-man marking dengan agresif menekan lawan yang memegang bola.


Ia mendorong kesilapan mudah pasukan lawan serta mereka pantas menyegerakan bola untuk dihantar ke offensive line.


TFC juga struggle untuk membina shape serangan yang baik kerana sistem pressing yang dilakukan KDA FC menutup passing lane yang digerakkan.

Separuh masa pertama menunjukkan KDA FC lebih mendominasi permainan. Walau bagaimanapun, beberapa peluang terhidang gagal disudahkan walaupun sekadar berhadapan dengan penjaga gol.


TFC mula meningkatkan intensiti permainan pada separuh masa kedua. Kemasukan Adisak dan kemudian Syafik Ismail membuka ruang yang lebih besar kepada pergerakan pasukan Terengganu di attacking third.

Malah, Wan Amirul Afiq juga terpaksa bekerja keras mengekang pergerakan Sony Norde yang semakin agresif menyerang dari sebelah kiri.



Walaupun menerima asakan bertali arus, momentum permainan KDA FC masih konsisten. Backfour yang diterajui gandingan Bojan Ciger dan Akmal Zahir terus mempamerkan kematangan dan ketenangan mematahkan serangan lawan.

Manuel Ott dan Amirbek mengemudi jentera tengah dengan teknikal ball winning yang baik.



Banyak situasi menunjukkan pemain berjaya memenangi pertembungan 1v1 dengan lawan. Data kami menunjukkan KDA FC berjaya melakukan 35 interception dalam sepanjang perlawanan.


Apa yang menjadi isu utama bagi KDA FC adalah memasuki final third. Di sinilah yang membezakan pengalaman, teknikal serta taktikal yang dicerap pemain.

Walaupun pemain menunjukkan urgency ke hadapan, namun peluang yang dicipta ke arah gol masih kurang.


Hanya lima shots dengan dua daripadanya on target (data ATA). Perkara ini harus diambil berat oleh Nafuzi sendiri.


Perjuangan pemain akhirnya berbaloi apabila satu gol mudah dapat dihasilkan menerusi kesilapan pemain lawan di penghujung babak.

TFC dihukum dengan satu tapping Lira serta disudahkan dengan tenang oleh pemain yang baru masuk, Fadzrul Danel.



Gol tersebut melengkapkan misi tiga mata di Darul Aman malam tadi.

Secara keseluruhan, permainan yang dipamerkan anak buah Nafuzi Zain berada pada tahap terbaik.


Aspek ball winning pemain tengah sama ada Amirbek, Lee Tuck mahupun Manuel Ott begitu efektif. Transisi menyerang lebih cepat cuma ada beberapa situasi ia berakhir tanpa arah.


Kedudukan Hidalgo yang agak isolated di sebelah kiri (termasuklah Lira di bahagian depan) dan mengharapkan agar ada pertukaran di fullback kiri.



Namun, aksi cemerlang dan saingan fizikal Afiq ke atas Sony Norde mendorong Nafuzi mengekalkannya sehingga tamat perlawanan.

Kemasukan dua pemain juga berjaya mengekalkan momentum permainan dengan baik.



Kemenangan kedua menyaksikan KDA FC berada bersama tiga kelompok teratas bersama Sabah dan JDT. Namun, ia masih awal untuk berpuas hati. Konsistensi adalah kuncinya.

6 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page