Jerman muncul juara selepas menewaskan Austrailia 3-1 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam masa permainan sebenar aksi final Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) Edisi ke-11 di Stadium Hoki Taman Daya, pada sabtu.
Kejayaan Jerman itu mengulangi pencapaian ketika mereka memenanginya pada 2012 dan lebih menarik apabila skuad kendalian Rein van Eijk akan beraksi di pentas Piala Dunia Renaja di Kuala Lumpur yang bermula Disember ini.
Ia bagai memberi amaran kepada pasukan-pasukan lain betapa jaguh Eropah itu mampu memenangi Piala Dunia Remaja selepas muncul juara sebanyak enam kali dan naib juara pada 2021.
Dalam aksi babak pertama, kedua-dua pasukan tampak berhati-hati menyusun langkah dan mengelak daripada memberi pukulan sudut penalti sehingga berakhir suku pertama permainan masih terikat tanpa jaringan.
Malang buat Jerman apabila gol padang dijaringkan Florian Sperling pada minit ke-20 suku kedua permainan dibatalkan pengadil Chad Fourie dari Afrika Selatan selepas mengesan berlaku kekasaran di dalam kawasan D Australia.
Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan masih buntu mencipa jaringan walaupun melakukan beberapa percubaan tatkala masuk di dalam kawasan D tapi kekebalan dua penjaga gol, Joshua Onyekwue Nnaji dafi Jerman dan Maz Larkin dari Australia menjadi penghalang utama. Sumber Artikel Berita Harian
Comments