top of page
  • Writer's pictureKhairul Alfisyahr Khalil

Sri Pahang Berpesta Gol Di Darul Makmur




Sri Pahang kembali ke Stadium Darul Makmur buat julung kalinya musim ini untuk mencatat kemenangan sulung Liga Super 2023, sebentar tadi . Sri Pahang FC berpesta gol pada separuh masa pertama apabila membenam pasukan pelawat Kelantan FC, 4-0 seterusnya memastikan tiga mata milik mereka. Gol pertama hadir pada minit ke 12 berpunca kesilapan benteng pelawat yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dihukum oleh rembatan padu Kpah Sherman untuk gol pertama beliau bersama Sri Pahang FC musim ini.



Asakan bertali arus Tok Gajah akhirnya berpeluang menambah jaringan melalui rembatan Kevin Ingreso dari luar kotak penalti yang menewaskan Rozaimi Rahamat untuk gol kedua SRP FC.


Berselang 5 minit kemudian, hasil gerakkan cantik Sergio Aguero berjaya menewaskan Rozaimi Rahamat buat kali ketiga pada separuh masa pertama.


Berbaki seminit dalam masa tambahan separuh masa pertama, Stefano Brundo tidak mahu ketinggalan turut mencipta nama sebagai penjaring pada mnit ke 45+1.



Gol saguhati pasukan pelawat hanya hadir pada saat terakhir minit ke 90+5', apabila Miguel Cifuentes yang bertindak pantas mengambil peluang akibat bola muntah dari tangkapan penjaga gawang Sri Pahang FC.



Keputusan Penuh Perlawanan,


Sri Pahang FC : 4

Kpah Sherman 12'

Kevin Ingreso. 38'

Sergio Aguero 43'

Stefano Brundo 45+1'


Kelantan FC : 1

Miguel Cifuentes 90+5'


2 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page