top of page

Sri Pahang Ranap Misi Tiga Mata NSFC

Negeri Sembilan FC yang membawa misi tiga mata sekadar mampu terikat seri 1-1 ke atas pasukan pelawat, Sri Pahang FC di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi sebentar tadi.



Pemain gentian Sri Pahang FC pada separuh masa kedua, Abdul Malik Mat Ariff meranapkan misi tiga mata skuad kendalian K.Devan. Skuad bimbingan K Devan menggembirakan penyokong apabila Casagrande membuka tirai jaringan pada minit ke-21 apabila rembatannya menewaskan Mohd Izham Tarmizi Roslan. Jaringan itu jelas mengejutkan Pahang yang dibimbing legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad apabila mereka menggandakan asakan ke kubu NSFC.


Ketika minit-minit terakhir separuh masa pertama, Izham Tarmizi mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas bertembung dengan Hasbullah Abu Bakar hingga menyebabkan dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Bersambung babak kedua, kelebihan tuan rumah tidak berpanjangan apabila pemain gantian Abdul Malik menanduk bola hantaran lintang daripada David Romley untuk gol penyamaan pada minit ke-47.



Kedua-dua pasukan dilihat berusaha untuk menambah jaringan namun gagal menemui sasaran apabila perlawanan berkesudahan seri 1-1 sehingga tamat permainan. Namun satu mata tetap melegakan pengendali, K. Devan yang mengakui pasukannya telah bermain dengan baik .

Keputusan Penuh Perlawanan , Negeri Sembilan FC - 1 Casagrande 21’

Sri Pahang FC - 1 Abdul Malik Mat Ariff 48’


6 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page