top of page
  • Writer's pictureMohd Faiz Junaidi

'Stadium MBPJ Panas Sejuk'



Perlawanan yang penuh dramatik di antara Selangor FC dan Sri Pahang yang berlangsung petang tadi menyaksikan keputusan terikat seri 1-1.



Seawal minit permainan, kedua-dua pasukan seringkali bertembung sengit dalam perebutan penguasaan bola. Beberapa kali insiden kecil pergaduhan sedikit menggamatkan suasana stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Namun tuan rumah mahupun pelawat tetap buntu memburu gol pertama sehingga tamat separuh masa pertama.


Sehinggalah pada minit ke 74', pemain sayap Sri Pahang Muhammad Baqiuddin Shamsudin dikasari pertahanan tuan rumah, Sharul Nazeem di dalam kotak penalti.

Stefano Brundo menggalas tanggungjawab untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut dan ianya seakan memastikan Sri Pahang membawa pulang tiga mata penuh.

Biarpun hujan lebat sedikit sebanyak merencatkan rentak permainan, ianya tidak mematahkan semangat gergasi merah untuk bangkit menyamakan kedudukan menerusi tandukan Brendan Gan pada minit ke 88' , dua minit sebelum wisel penamat di bunyikan sekaligus menyelamatkan Selangor dari berputih mata.


Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad, menjelaskan pertukaran corak permainan pasukan kendaliannya membantu mereka untuk berkongsi mata dalam aksi Liga Super yang berlangsung pada sebelah petang tadi.

Mengakui Selangor memiliki kualiti yang sukar ditandingi, Fandi menjelaskan pertukaran formasi dan corak permainan serangan balas hampir membuahkan hasil buat mereka.

"Selangor pasukan berkualiti, sebab itu kami mengubah corak permainan dan formasi yang berbeza. Mereka memiliki kualiti di bahagian tengah dan strategi yang digunakan berjaya mengekang pergerakan mereka," kata Fandi.


"Kami telah cuba menyerap tekanan dan melancarkan serangan balas. Corak permainan dalam separuh masa kedua kami bermain dengan lebih baik.

"Mengekang pergerakan Faisal Halim merupakan salah satu punca kami berjaya mendapatkan mata dalam perlawanan ini. "Saya mahu mengucapkan tahniah kepada Selangor, mereka berjaya mendapatkan jaringan penyamaan yang cukup baik dan mereka tidak berputus asa untuk mendapatkan jaringan sehingga tamat perlawanan.


"Ternyata keadaan dalam cuaca hujan lebat merencatkan pergerakan permainan.

"Kami menghasilkan banyak percubaan dengan baik dan saya mahu mengucapkan tahniah kepada Selangor dan kami telah berusaha untuk bertanding dengan mereka."

4 views0 comments

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
bottom of page