top of page

STEINBRUCKNER SAHKAN SAFAWI RASID AKAN KE TERENGGANU SECARA PINJAMAN

  • Writer: Editor
    Editor
  • Dec 19, 2023
  • 1 min read


Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner, mengesahkan pasukannya kini dalam fasa rundingan akhir untuk mendapatkan bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid, secara pinjaman musim depan.


Sebelum ini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, melaporkan pemain berusia 26 tahun itu akan kembali ke negeri kelahirannya secara pinjaman dan ia kini dikuatkan lagi apabila Steinbruckner mengakui proses rundingan berkenaan kini sudah hampir selesai.



Beberapa nama besar mula dikaitkan dengan perpindahan ke kelab baharu seperti dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid dan Safawi Rasid serta pemain Terengganu FC, Azam Azmi Murad.


Melalui satu temubual, Safawi telah mengesahkan mengenai perpindahannya ke Terengganu secara musim hadapan.


“Ya… saya akan ke Terengganu secara pinjaman. Itu sahaja yang saya boleh maklumkan,” kata Safawi seperti dilaporkan Buletin TV3. Dengan kemasukan Safawi akan memberikan pilihan kepada pengendali, Tomislav Steinbruckner yang sebelum ini telah mencuba beberapa pemain di posisi sayap kanan seperti Nik Sharif dan Norhakim Hassan.

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page