top of page
  • Writer's pictureEditor

SURVEY: MENGAPA PENYOKONG PIHAK LAWAN, KURANG BERMINAT DATANG SSI?



Liga Malaysia telah pun melabuhkan tirainya dengan menobatkan Johor Darul Ta'zim sebagai 'Decade Of Dominance' setelah memenanginya sebanyak 10 kali berturut-turut.


Namun dengan berakhirnya liga musim ini, ada beberapa perkara yang perlu di berikan perhatian. Antaranya kehadiran penyokong ke Stadium.


Kehadiran penyokong ke stadium sangat penting buat pasukan. Kerana ianya boleh menjadi sumber pendapatan paling penting setiap pasukan yang bertanding selain daripada hak penyiaran.


Walau JDT mencatatkan kehadiran tertinggi secara keseluruhannya iaitu sekitar 229,097 dengan purata 17,623.


Pemilik pasukan JDT, DYAM Tunku Mahkota Johor dalam satu komen seolah menzahirkan rasa kurang berpuas hati dengan kehadiran penyokong ke stadium walau tiket tempat duduk terbuka serendah RM10.



Namun ada lagi satu perkara tidak menarik yang mungkin ramai tidak perasan, iaitu kehadiran penyokong 'away' atau dari pihak lawan yang sangat sedikit.


Tidak pasti apa sebabnya, penyokong away seolah tidak berminat untuk datang ke SSI , tidak seperti kelaziman ketika di Stadium Larkin, quota penyokong 'away' selalunya penuh malah ada ketika penambahan quota diperlukan.


Seolah ada sesuatu yang menyebabkan fenomena ini berlaku ! Adakah kedudukan penyokong 'Away' ditempatkan terlalu tinggi melangit yang menyebabkan penyokong malas untuk hadir??


Kongsikan bersama kami pengalaman anda di SSI dan kemungkinan penyebab kenapa kehadiran penyokong berkurangan secara ilmiah.

79 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page