Syihan Hazmi cemerlang mencatat clean sheet dalam aksi final Piala FA 2023 malam semalam.
Ketangkasan penjaga gol berusia 27 tahun ini telah meranapkan hasrat KL City untuk mencatat kemenangan kedua mengatasi JDT selepas aksi final Piala Malaysia 2021.
Perkara ini turut diperakui oleh pengendali KL City, Bojan Hodak yang merasa hairan bagaimana beberapa cubaan 'on target' berjaya diselamatkan oleh Syihan hazmi.
Pada minit ke-16 permainan, Syihan berjaya menghalang percubaan pemain KL City, Matko Zirdum daripada menerjah jaring.
Situasi tersebut pada kebiasaannya menatijahkan kepada jaringan namun ketangkasan Syihan telah menggagalkan hasrat KL City membuka akaun jaringan.
“Kita ada satu peluang pada babak pertama perlawanan, tapi saya tak tahu bagaimana Syihan dapat selamatkannya.”
Bojan Hodak bagaimanapun tetap berbangga dengan prestasi anak buahnya yang telah mempamerkan persembahan berkualiti. Beliau menzahirkan ucapan tahniah kepada kem Harimau Selatan atas kejayaan menjulang trofi Piala FA kali ini.
Comments