top of page
Writer's pictureEditor

TANO SOLARI: ADA PASUKAN DATANG UNTUK KALAH


Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari menegaskan sesetengah pasukan datang ke Stadium Sultan Ibrahim hanya untuk melengkapkan jadual.


Solari berkata demikian selepas perlawanan menentang Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super 2023 dimana beliau menyatakan corak permainan terlalu bertahan merupakan satu perkara yang tidak digemarinya.


“Saya berpuas hati dengan keputusan malam ini (semalam) kerana kami tahu ini bukanlah perlawanan yang mudah. Kami sedar ini perlawanan yang sukar kerana pasukan lawan terlalu bertahan.


“Saya rasa sesetengah pasukan datang ke sini (SSI) hanya untuk kalah. Saya tidak suka perkara macam ini. Kerana pada akhirnya, ini tidak membantu perlawanan ini.


“Akan tetapi, ini adalah bola sepak. Mereka akan bermain mengikut apa yang mereka rasa sesuai. Kita mencuba perkara baru malam ini. Saya berpuas hati dengan keputusan yang kami raih,” kata Esteban Solari menurut perkongsian Astro Arena.



Pada perlawanan semalam, Feroz Baharudin dan Leandro Velazquez masing-masing menjaringkan satu gol pada separuh masa pertama sekaligus memastikan JDT meraih tiga mata di tempat sendiri.


Kemenangan semalam memberikan kelebihan 14 mata kepada JDT di hadapan pasukan tempat kedua iaitu Selangor yang akan turun menentang Sri Pahang malam ini.


Setakat ini, JDT memenangi kesemua perlawanan liga dimana mereka memenangi 16 perlawanan dan masih lagi belum mencatat keputusan seri dan kekalahan.

0 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page