top of page
  • Writer's pictureEditor

TANO SOLARI: TETAP BERPUAS HATI WALAU TEWAS TIPIS KEPADA KAWASAKI FRONTALE


Ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari berpuas hati dengan persembahan anak buahnya sungguhpun tewas tipis kepada Kawasaki Frontale.


Harimau Selatan turun dengan barisan pemain terbaik untuk mengekang cabaran barisan bintang kelab Jepun itu untuk mendominasi perlawanan.


Gol tunggal Marcinho pada minit ke-45 menyaksikan JDT mencatat kekalahan pertama musim 2023.


Namun begitu, pengendali berusia 43 tahun itu akui pasukannya melalui malam yang cukup sukar di Stadium Sultan Ibrahim.


“Kami melalui malam yang sukar, kami tahu banyak jangkaan untuk perlawanan ini namun agak sukar.”


“Namun begitu, kita bertambah baik dan semakin faham apa yang perlu dilakukan berdepan lawan yang hebat seperti ini.”


Beliau juga memuji perjuangan anak buahnya yang bermati-matian untuk mencari mata berdepan jaguh Jepun.


“Kalau saya boleh pilih satu cara kalah, hanya ini caranya. Kami beraksi dengan jiwa dan kesalahan itu biasa, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa,” jelasnya pada sidang media pasca perlawanan.


JDT akan berdepan BG Pathum pada 3 Oktober 2023 di tempat lawan selepas mereka juga tewas 3-1 kepada Ulsan Hyundai. Sumber Artikel MakanBola

26 views0 comments

コメント

5つ星のうち0と評価されています。
まだ評価がありません

評価を追加
bottom of page