top of page
  • Writer's pictureMohammad Amirul Haqimi

TERENGGANU FC MENGHADAPI SEMANGAT SOLIDARITI DENGAN SATU KEMENANGAN BERGAYA.


Terengganu FC (TFC) terpaksa menelan hakikat apabila kehilangan beberapa tonggak utama pasukan seperti Akhyar Rashid akibat serangan individu misteri yang memukulnya dengan menggunakan cota. Pemain berusia 25 tahun itu kini menunjukkan reaksi positif selepas menjalani proses pemulihan dengan solidariti yang cukup kuat ditunjukkan oleh pasukan dan juga penyokong.


Dugaan yang melanda kem pasukan TFC ini menguatkan lagi langkah anak didik Tomislav Steinbruckner untuk memberikan aksi terbaik pada perlawanan pembukaan Liga Super pada sabtu. Dengan ketiadaan beberapa tonggak utama, Ia sedikit pun tidak menjejaskan persembahan pasukan Terengganu apabila mencatatkan kemenangan selesa 3-1 di laman sendiri.


Ketua jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner dalam satu kenyataan selepas perlawanan memaklumkan bahawa pasukannya beraksi tanpa 4 pemain utama. Sebenarnya dalam kesebelasan utama itu saya kehilangan 4 pemain penting Ivan Mamut, Akhyar Rashid, Azam Azmi dan Steenvorden termasuk penjaga gol Suhaimi Husin.


Meskipun jentera serangan skuad Sang Penyu layak diberikan pujian, rata-rata penyokong berasakan watak utama dalam perlawanan tersebut ialah bek kiri muda, Faris Rifqi. Dia yang diturunkan buat kali ketiga dalam Liga Super sepanjang kariernya boleh dikatakan tidak berdepan sebarang masalah untuk menyekat gerakan lawan. Selain bertindak cemerlang dari segi pertahanan, pemain berusia 21 tahun berkenaan juga beberapa kali menghidangkan peluang buat rakan sepasukannya.


Terengganu FC (TFC) akan berdepan Penang bagi aksi kedua Liga Super pada 19 Mei 2024 di laman lawan.

2 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page