top of page
  • Writer's pictureMohd Redzuan Moslim

Terengganu FC Sedia Beri Kejutan!


Ketua Jurulatih TFC FC, Tomislav Steinbruckner yakin dengan kemampuan anak buah beliau untuk turun menentang JDT dalam perlawanan Piala Sumbangsih 2023.


Tomislav yang pernah bersama T-Team pada 2015 itu berharap agar pemain yang diturunkan pada perlawanan itu nanti dapat mengikuti segala taktikal yang diatur oleh beliau dan yakin serta bermotivasi tinggi dalam perlawanan tersebut.


Barisan kesebelasan utama TFC hanya akan ditentukan pada sesi latihan terakhir hari ini.

Sementara itu, Ketua Pasukan TFC, Sharul Nizam Roshasni mengakui mereka sepasukan akan menghadapi sedikit kesukaran untuk menyaingi kekuatan JDT pada kali ini kerana hampir separuh dari pemain mereka adalah pemain baru.


Beliau sedikit terkejut apabila terpilih menjadi Ketua Pasukan namun akan menggalas tugas ini dan berusaha membantu pasukan untuk mencapai keputusaan yang baik apabila diturunkan.


Mampukah Skuad “Si Penyu” ini melakukan kejutan untuk perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2023 sekaligus membawa pulang Piala Sumbangsih ke Kuala Terengganu.


1 view0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page