top of page
  • Writer's pictureMohammad Amirul Haqimi

Terengganu FC Mahu Hadiahkan Piala Sumbangsih 2023 Kepada Penyokong



Piala Sumbangsih yang bakal diadakan malam ini menyaksikan pertembungan antara juara Liga Super Johor Darul Takzim (JDT) dan naib juara, Terengganu FC.


Perlawanan yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor itu bukan sahaja peluang buat kedua-dua pasukan untuk membawa pulang trofi pertama musim ini, namun pemenang dalam pertembungan tersebut juga bakal membawa tiga mata berharga.



Skuad Harimau Selatan pasti masih menagih kejayaan dalam pertandingan berkenaan dan kemenangan ke atas Terengganu FC sangat bermakna buat mereka yang akan muncul juara untuk kali keenam berturut-turut.


Selain itu, mereka juga pastinya bercita-cita besar untuk mencatatkan keputusan positif bagi meneruskan satu musim yang amat bermakna buat pasukan pada 2022.


Bagi pasukan Terengganu pula, sudah tentu akan memanfaatkan sepenuhnya peluang beraksi di perlawanan Sumbangsih 2023 dengan berjuang berhabis-habisan bagi mendapatkan kemenangan untuk menghadiahkan trofi kejuaraan Piala Sultan Haji Ahmad Shah musim 2023 kepada penyokong setia mereka yang memberi sokongan tidak berbelah bagi.


Disebalik Tugas Besar, Terengganu FC Mahu Mencipta Kejutan Terengganu FC dijangka menghadapi tugas sukar berdepan dengan pasukan terkuat dalam saingan Liga-Malaysia, JDT pada aksi perebutan Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2023 ini. Namun, perlawanan ini merupakan peluang Terengganu FC bagi membuktikan mereka mampu mencipta kejutan sekali gus dapat memadamkan rekod tanpa kalah JDT sepanjang beraksi di gelanggang sendiri. JDT Dalam Misi Memburu Kejuaraan Pertama Musim 2023 Aksi perlawanan Sumbangsih 2023 menyaksikan JDT dalam misi memburu kejuaraan pertama dalam saingan Liga-Malaysia musim 2023.






36 views0 comments

Comentarii

Evaluat(ă) cu 0 din 5 stele.
Încă nu există evaluări

Adaugă o evaluare
bottom of page