Pertahanan veteran, Aidil Zafuan Abd Radzak, mengetuai enam pemain yang bakal meninggalkan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Setelah berkhidmat untuk tempoh masa yang cukup panjang bersama pasukan, kini tiba masa buat Aidil memperoleh cabaran baru.
Dia kini bakal meninggalkan pasukan yang mencipta sejarah menjuarai 'quadruple' berganda apabila dinobat sebagai juara Piala Malaysia awal bulan lalu mengatasi Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers, JDT ingin mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada barisan kejurulatihan, pemain dan kakitangan yang akan meninggalkan kelab.
“Harimau Selatan sedang melakukan transformasi yang memperlihatkan kelab mengurangkan perbelanjaan sehingga 30-40% disebabkan keperluan untuk penstrukturan semula kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang kelab.”
“Kelab telah membelanjakan sejumlah wang untuk projek bola sepak sepanjang enam hingga tujuh tahun ini.”
Pengendali muda berusia 43 tahun itu merupakan antara watak penting buat pasukan milik DYAM TMJ musim ini untuk mengekalkan 4 trofi yang dimenanginya tahun lalu.
Antara pemain lain yang turut mengikut jejak langkah sama, S. Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Velazquez dan Diogo Luis Santo bakal meninggalkan skuad Harimau Selatan itu.
Terdahulu, ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari kini tidak lagi bersama pasukan itu apabila kontraknya tidak lagi disambung bagi musim hadapan.
Berikutan pengumuman kelab dalam usaha untuk memastikan kelab terus kekal kukuh bagi kelangsungan jangka panjang, nama Solari menjadi individu pertama bakal menuju jalan keluar meninggalkan Harimau Selatan itu.
Comments