top of page
  • Writer's pictureMohammad Amirul Haqimi

TFC BALAS DENDAM KE ATAS KEDAH, KENARI GAGAL BERAKSI DI BAWAH TAHAP SEBENAR


Terengganu FC berjaya membalas dendam kekalahan pada aksi pusingan pertama Liga Super selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Isnin lalu.


Menurut apa yang diperkatakan oleh penolong jurulatih KDA FC, Victor Andrag, beraksi di bawah tahap sebenar menjadi faktor utama Kedah Darul Aman tersungkur di tangan Terengganu FC pada aksi ke 15 Liga Super.


Victor Andrag yang menganggap pasukannya patut membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata jika mampu memperagakan corak permainan seperti dirancang.


"Secara keseluruhan pemain kami beraksi di bawah tahap permainan sebenar, kita sebenarnya sudah ada sasaran dalam perlawanan itu, lagipun pada tiga perlawanan terakhir sebelum liga terhenti, kita sudah nampak momentum itu dengan corak permainan yang tersusun selain berjaya mendominasi permainan.


Berbekalkan sokongan padu lebih 6,500 peminat setia, pemain yang meningkat naik, Engku Muhammad Nur Shakir melakukan rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-16 yang gagal ditepis keluar penjaga gol, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim untuk meletakkan pasukannya di depan 1-0.


Pemain sayap, Nik Muhamad Sharif Haseefy Mohd Lazim harus menyalahkan diri sendiri apabila peluang terbuka pada minit ke-37 dilepaskan begitu sahaja apabila merembat 'ke langit' biarpun berpeluang menambah jaringan pasukannya.


Kedah yang kehilangan ketua jurulatihnya, Nafuzi Zain akibat digantung berpeluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-45 menerusi rembatan Mohammad Fayyad Zulkifli yang terkena tiang sekali gus terselamat pintu gol skuad Penyu yang dikawal Mohd Suhaimi Husin.


Pelawat yang terdesak untuk memburu gol penyamaan memasukkan lima tenaga baharu pada babak kedua, namun gagal menemui sentuhan jaringan.


Sebaliknya, Muhammad Alif Zakaria hampir menambah jaringan kedua pada minit ke-81, tetapi dapat dipatahkan pemain pelawat untuk keputusan kekal 1-0 memihak kepada TFC sekali gus luka tewas 1-0 pada aksi pusingan pertama terbalas.


11 views0 comments

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
bottom of page