top of page
  • Writer's pictureMohammad Amirul Haqimi

TFC ,PASUKAN HOME PERTAMA BOLOS KAN GAWANG JDT


JOHOR Darul Takzim (JDT) terus memperkukuhkan kedudukan sebagai pendahulu Liga Super selepas berjaya menewaskan Terengganu FC (TFC) dengan keputusan 3-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Terengganu pada Jumaat.


Dengan kemenangan itu, gergasi Liga Malaysia (Liga M) terbabit gah di persada Liga Super apabila mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 14 perlawanan dengan mengumpul 42 mata manakala TFC kekal di tangga ketujuh dengan 20 mata.


Terengganu bermula garang apabila memberikan tekanan awal kepada pasukan pelawat sehingga berjaya menjadikan pertahanan JDT kucar-kacir yang mana situasi itu kerap kali memberikan sepakan percuma kepada TFC.Namun JDT kembali memperkemaskan permainan mereka apabila Fernando Forestieri membuka akaun jaringan Harimau Selatan menerusi sepakan gunting pada minit ke-21 permainan.


Seminit berselang, penyerang muda meningkat naik skuad Penyu, Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob mendapat peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan, namun sepakannya melambung tinggi melepasi palang gol.


TFC tidak berdiam diri apabila Sony Norde sekali lagi mencipta nama dengan jaringan gol yang cantik hasil sepakan percuma yang menarik oleh Sony Norde selepas Nathaniel Shio Hong Wan (JDT) mengasari Nik Sharif Haseefy (TFC) di luar kotak penalti pasukan lawan pada minit ke-26 permainan sekali gus menewaskan Syihan Hazmi pada minit ke-28.


Jaringan pemain kelahiran Haiti itu adalah bolos kedua buat pasukan Harimau Selatan itu selepas kali pertama ketika menumpaskan Kelantan FC 5-1 pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.


Sebelum tamat separuh masa pertama, JDT dihadiahkan sepakan penalti selepas Arif Aiman Mohd Hanapi yang terlepas peluang mencetak nama sebagai penjaring gol pada minit ke-38 dijatuhkan Norde pada masa kecederaan. Sepakan penalti yang diambil penjaring terbanyaknya, Bergson Da Silva berjaya menewaskan penjaga gol, Mohd Suhaimi Husin untuk pasukannya mendahului 2-1 sebelum menuju ke bilik persalinan.


Seramai 11,000 penyokong hadir ke stadium juga dilihat tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh pengadil perlawanan. JDT menambah jaringan pada masa kecederaan menerusi Endrick dos Santos sekali gus menjadikan keputusan 3-1 sehingga tamat perlawanan.

5 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page