top of page
Writer's pictureEditor

“TIDAK AKAN ADA LAGI KELAB MACAM JDT KERANA HANYA ADA SATU TMJ”



Kejayaan dominasi Johor Darul Ta’zim FC (JDT) dalam tempoh sedekad tidak akan berlaku tanpa pengaruh Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.


Perkara ini ditegaskan oleh baginda apabila mengulas kejayaan yang ditempa Harimau Selatan termasuk Liga Super musim 2023.


Tunku Ismail mengingatkan kejayaan yang diraih JDT tidak akan berlaku tanpa input baginda dalam setiap aspek.


Input dari segi nasihat mahupun teguran bukan saja membantu menambahbaik kualiti JDT di dalam mahupun luar padang. Malah, ini secara tidak langsung meningkatkan lagi kualiti bola sepak negara ke tahap yang lebih tinggi.


“Daripada jaga rumput, falsafah bolasepak, infrastruktur, hingga ke keraian. Tiada orang boleh buat apa kami/JDT buat dalam negara ini atau Asia sebagai sebuah kelab.


“Kejayaan sama-sama mengiringi pemodenan dan inovasi. Keraian kita adalah identiti kita mewakili konsep inilah JDT. Lain dari lain. Sentiasa meningkatkan kualiti dari setiap aspek.


“Kepada keluargaku, terima kasih atas sokongan anda, dan kepada musuhku, jangan kau bercemburu atau membenci tetapi anda semua harus mengagumi kehebatan ini dan hargai sumbangan JDT kepada bola sepak tempatan.


“Kerana tidak akan ada lagi club macam JDT dalam setiap aspek. Kerana ada satu sahaja TMJ,” dalam satu hantaran story Instagram milik baginda hari ini.



Dalam tempoh 10 tahun, JDT bukan saja menjadi kuasa besar bola sepak Malaysia. Malah, Harimau Selatan terus berusaha mengukir nama di pentas Asia termasuk Liga Juara-Juara AFC (ACL). Sumber Artikel MakanBola

9 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page