top of page
  • Writer's pictureMohd Redzuan Moslim

Tiga Alasan Unik Coach Lim Teong Kim Atas Aksi Layu Skuad Seladang.

Perak FC telah mengharungi tiga perlawanan untuk aksi Liga Super Malaysia 2023 ini.

Skuad kendalian Lim Teong Kim itu telah mencatat dua keputusan seri tanpa jaringan ketika bertemu dengan PDRM FC dan juga Kelantan United serta tewas dalam perlawanan pertama dengan  KDA FC dengan hanya berjaya menjaringkan satu gol sahaja.


Apa yang menariknya, bekas Jurulatih Remaja Bayer Munich ini akan memberikan jawapan serta ulasan sinis setiap kali membalas pertanyaan wartawan.


1. “Main bola bukan tebas kaki lawan”


-Amaran Lim Teong Kim untuk anak buah beliau sebelum perlawanan kedua menentang PDRM FC. Nyata beliau agak berang setelah kehilangan Haziq Fuad dan Sunday Afolabi ketika pasukannya dibelasah KDA FC.


2. Perak FC vs PDRM FC

“Kita mesti panggil bomoh dari Indonesia”

“Mungkin perlu beli Ronaldo namun pemain ini sudah beraksi di Arab Saudi tapi tidak tahulah”


-Nada kecewa Coach Lim Teong Kim kerana pemain beliau gagal jaringkan gol meskipun deretan peluang sudah terhidang ketika The Gaurus hanya mampu seri 0-0 dengan PDRM.


3. Perak FC vs Kelantan United.

“Padang di sini tak rata, seperti dalam bola ada katak.. lompat lompat”


-Komen beliau setelah Perak FC mencatat keputusan seri dengan Kelantan United pada aksi ketiga Liga Super Malaysia.

-Keadaan padang menghalang pasukannya mengamalkan falsafah “Combination Football” yang kerap beliau terapkan.


Mungkin selepas ini, Datuk Lim Teong Kim akan terus memberikan alasan unik beliau ini untuk perlawanan akan datang. 


Apakah alasan atau komen beliau jika Skuad Seladang memenangi perlawanan. 


Menarik untuk kita tunggu dan dengari sendiri.

1 view0 comments

Kommentare

Mit 0 von 5 Sternen bewertet.
Noch keine Ratings

Rating hinzufügen
bottom of page