top of page
Writer's pictureEditor

TMJ: AKAN ADA RAMAI LAGI TINGGALKAN KELAB, PROSES BERJIMAT.



Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ mengesahkan bahawa akan ada lebih ramai lagi pemain dan staf yang bakal meninggalkan kelab.


Perkara ini dikongsikan oleh baginda berkenaan perancangan pasukan untuk berbelanja sehingga 40 peratus pada musim hadapan.


Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Alistair Edwards kepada Johor Southern Tigers, beberapa langkah progresif bakal diambil bagi memastikan kelangsungan kelab dapat diteruskan dengan stabil pada masa akan datang.



“Kelab telah memutuskan untuk mengurangkan perbelanjaan sebanyak 30-40% untuk membolehkan proses tersebut. Kami tidak akan membelanjakan wang. Kami akan mengurangkan perbelanjaan kami.


DYAM TMJ telah mengesahkan perkara ini menerusi satu kenyataan di ruangan komen hantaran berkenaan perpisahan dengan beberapa individu penting termasuklah ketua jurulatih, Tano Solari.



Underdog tahun depan. Akan ada ramai lagi yang akan keluar dari club. Process berjimat.”


“Stadium jarang penuh. RM10 aja tiket terbuka. Apa pun kita doa yang terbaik untuk kelab. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kami,” ujar Baginda.


Keputusan perpisahan mengejut dengan ketua jurulatih, Tano Solari selain beberapa pemain utama menarik perhatian penyokong bola sepak tanah air.


“Antara yang meninggalkan kelab termasuk ketua jurulatih Esteban Solari, Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr. Leandro Pinero dari barisan kejurulatihan.”


“JDT juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat pemain yang akan dipinjamkan keluar seperti Oscar Arribas, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Haziq Nadzli.” Sumber Artikel MakanBola

74 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page