top of page
Writer's pictureEditor

TMJ: HARAP SUATU HARI NANTI ANDA SEDAR & HARGAI PENGORBANAN INI


Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharap agar suatu hari nanti penyokong menyedari dan menghargai pengorbanan yang telah dilakukan.


Baginda dalam satu kenyataan sebelum aksi separuh akhir antara JDT dan juga Kedah Darul Aman bagi aksi separuh akhir Piala FA 2024 mengingatkan tentang hari permulaan JDT.

Video yang memaparkan perjalanan kelab Harimau Selatan itu sejak tahun 2014 selain telah mengecapi pelbagai kejayaan pada peringkat domestik dan juga Asia.


“Hari ini kita lupa macam mana kita bermula, di mana kita berada sebelum semua kejayaan, adalah hari kami musnah.


“Berjuta dikorbankan demi senyuman dan kegembiraanmu. Tak pernah putus asa, sentiasa melawan. Semua demi mu,” ujar Tunku Ismail dalam satu komen di laman Instagram.


Baginda juga berharap agar suatu hari nanti lebih ramai yang menghargai dan menyedari pengorbanan yang telah dilakukan ini.


“Harap suatu hari nanti ada sedar dan hargai pengorbanan ini. Ismail Ibrahim, 4 Ogos 2024.”


JDT sekali lagi mencatat kebanggaan apabila melangkah ke pentas akhir Piala FA 2024 apabila menundukkan Kedah Darul Aman dengan keputusan 3-0.

6 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page