Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) menjelaskan mengenai tanda pagar ' What Can You Do' yang menjadi tular ketika ini.
Menurut baginda, " tercetusnya idea dan hastag 'What Can You Do' datangya dari Kebawah Duli Tuanku Sultan Johor yang pada ketika itu saya diminta memberi penerangan berkenaan situasi politik dan pelbagai siatuasi dalam negeri "
" Dan apabila ada individu yang terlalu 'vokal' terhadap instituasi DiRaja Johor dan sebagainya, Kebawah Duli Tuanku menzahirkan rasa kerisauan terlalu tinggi kerana usia saya muda ketika itu. " " Dan ketika saya sedang mencari formula untuk mengatasi situasi, Kebawah Duli Tuanku pernah bercakap kepada saya, end the end, what can you do? yang ditujukan kepada individu tersebut." " Begitu juga senario bola sepak tanahair yang mana saya sudah 11 tahun saya berada dalam industri ini, masih ada lagi orang yang mempersoal dan memperlekehkan atau tulis benda mengarut dalam sosial media, termasuk mengeluarkan kenyataan pada diri saya yang tidak berasas dan akhirnya saya menjawab dengan menyoal mereka kembali 'What Can You Do?? " Saya masih di sini, JDT masih ada, tiada yang apa menggugat pembangunan kami untuk berkembang. " " Perhubungan saya denagn FAM juga baik, perhubungan dengan setiap pemain bola sepak dalam negera juga baik, termasuik dengan pasukan-pasukan lawan, so no point untuk menjadi orang tengah agar bergaduh antara satu sama lain. " " Football industri dalam negara sentiasa ada jalan penyelesaian dan hubungan erat yang bekerja dalam satu indsutri dan tak perlu bermusuh. Selepas segala perkara buruk yang ditulis, saya tetap ada di sini". jelas baginda dalam satu sesi temubual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Comentarios