top of page
  • Writer's pictureEditor

TMJ: ISU BAKAR SUAR, HARAP FAM TIDAK DENDA JDT TERLALU TINGGI


Pemilik Johor Darul Ta’zim, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berharap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mengenakan denda yang tinggi kepada pasukan JDT.


Ini susulan insiden pembakaran suar di Stadium Sultan Ibrahim ketika aksi Liga Super 2023 baru-baru ini. Suar itu dibakar Boys Of Straits sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan pengadil.


“Saya rasa sudah tentu akan kena denda. Denda tersebut juga saya kira akan meningkat kerana sudah tiga kali penyokong saya membakar suar.”


“Jadi itu saya kena tunggu FAM keluarkan denda tersebut menerusi Jawatankuasa Tatatertib. Saya harap mereka janganlah bagi harga yang mahal sangat untuk saya bayar.”



TMJ dalam pada itu akui terdapat kesalahan yang dilakukan berkenaan pembakaran suar ini. Bagaimanapun beliau berharap ada budi bicara daripada pihak FAM tentang pengurangan harga denda yang akan dikenakan kelak.


“Tapi saya pun pernah mempersoalkan perkara ini kepada FAM kerana ketika saya tanya, mereka jelaskan bahawa FIFA tidak membenarkan pembakaran suar. Tetapi apabila saya tengok kejohanan-kejohanan di Eropah macam di Serie A, semua ada bakar suar.”


TMJ turut menjelaskan bahawa beliau mahu mencari maklumat terperinci berkenaan larangan FIFA terhadap pembakaran suar di stadium ini. Ini kerana jika perhatikan beberapa kelab di Eropah misalnya, mereka seolah tidak ada masalah tentang isu tersebut.


“Saya akan tanya semula kerana saya nak maklumat penuh tentang perkara itu. Walau bagaimanapun, denda tu sudah tentu saya kena. Saya pun dah biasa kena denda, saya dah kena denda sejak tahun 2013. Jadi perkara ini normal,” jelas TMJ kepada Zulhelmi Zainal Azam dalam sesi temu bual ekslusif bersama Astro Arena.


“Saya tak tahu lagi. Mungkin mereka boleh tolak daripada duit-duit hutang lama ke. Tengok pada jasa Presiden FAM dan orang-orang besar yang berada dalam bolasepak tanah air di FAM.” Sumber Info : Astro Arena, MakanBola

3 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page