top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

TMJ: Kontraktor Bayar Gaji Pemain? Sila Audit Dan Periksa Kewangan JDT



Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pemilik kelab bola sepak lain agar memeriksa kewangan pasukan JDT.


TMJ berkata demikian setelah ada dakwaan oleh salah seorang pengguna laman media sosial Twitter yang mendakwa ada kontraktor yang membayar gaji pemain JDT.


Tuduhan ini nyata mendapat respon dari TMJ dan beliau menjemput mana-mana pihak agar melakukan audit ke atas kewangan pasukannya.


“Alhamdulillah, saya memang dah lama mengalu-alukan soalan seperti ini. Yang pertama saya tak rasa apa-apa kerana selama 11 tahun dalam industri bola sepak tiada perkara yang baik pun dikatakan tentang JDT. Kami di JDT dah biasa dgn perkara sebegini.


“Berkenaan dengan tuduhan yang mengatakan “kontraktor yang bayar gaji pemain-pemain”, saya menyeru pihak SPRM atau mana-mana pemilik kelab bolasepak yang berminat, boleh datang sendiri untuk periksa & audit kewangan JDT termasuk sumber-sumber pendapatan dan perbelanjaan.


“Duit JDT datang daripada sponsor, serta duit saya dan DYMM Sultan Johor sendiri. Ini bukan duit dari Menteri Besar atau duit kerajaan. Bagaimana pula dengan kelab anda?,” kata TMJ.


Tuduhan ini dilontarkan oleh individu tersebut selepas TMJ memberi komen mengenai kelebihan pasukan Selangor yang mengharungi 4 perlawanan pada bulan Ramadan di halaman sendiri berturut-turut.

2 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page