top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

TMJ KURNIAKAN ZAM SAHAM 2 EKOR KUDA SEMPENA HARI JADI


Melalui satu siaran di laman facebook Zamsaham, pemilik Kelantan FC ini berterima kasih kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kerana mengurniakan dua ekor kuda kepada beliau.


Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham menyambut ulangtahun kelahiran beliau hari ini. Dalam satu video di laman facebook Zamsaham, kelihatan pemilik Kelantan FC ini menaiki 'Buggy" bersama Tunku Mahkota Johor mengelilingi kawasan Padang Polo, Istana Pasir Pelangi .



'" Terima kasih kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kerana dalam sibuk Tunku dapat meluangkan masa untuk saya bertemu petang tadi di Royal Johor Club, Istana Pelangi."



" Tarikh ini 17 April 2023 dan pertemuan ini saya akan ingat sampai bila-bila selepas dihadiahkan 2 ekor kuda milik Tunku.Asalnya Tunku nak bagi 3 ekor sebenarnya.Begitulah pemurahnya Tunku Mahkota Johor sebenarnya.


Walaupun perjumpaan ringkas hampir 2 jam sahaja tetapi sangat bermakna untuk TRW Kelantan FC dan saya secara peribadi.


Semoga Allah SWT pelihara dan memberkahi seluruh keluarga TMJ. "


Namun tidak dipastikan jenis baka apakah dua ekor 'kuda' tersebut , tetapi melalui tinjauan di media sosial ramai beranggapan kuda tersebut dikaitkan dengan dua pemain JDT yang akan bersama Kelantan FC tidak lama lagi.

Artikel : Sportsrepvblic.Asia




3 views0 comments

Kommentarer

Bedømt til 0 ud af 5 stjerner.
Ingen bedømmelser endnu

Tilføj en rating
bottom of page