top of page
  • Writer's pictureEditor

TMJ: PADANG SNBJ PATUT DIBERI LEBIH MASA UNTUK AKAR KUAT


Keadaan rumput baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) mendapat ‘perhatian’ para peminat bola sepak tanah air yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kualitinya ketika Harimau Malaya menentang India sebentar tadi.



Beberapa bahagian padang di ‘gelanggang keramat’ Harimau Malaya dilihat tercabut dan sedikit menjejaskan rentak permainan skuad kebangsaan walaupun menang 4-2 ke atas lawan di ranking ke-102 dunia itu.


Perkara itu turut mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila berkongsi pandangannya mengenai keadaan rumput tersebut.



“Padang itu sepatutnya diberikan lebih masa untuk akar dia kuat. Macam padang Stadium Sultan Ibrahim (gelanggang bagi pasukan JDT).


“Tetapi pasukan kebangsaan nak pakai secepat mungkin. Itu atas keputusan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan pihak stadium.


“Kalau saya, saya beri lebih masa. Sekurang-kurangnya lagi dua atau tiga bulan. Kontraktor ini kontraktor yang sama buat padang JDT,” Semalam semasa majlis penyerahan padang saya cakap kepada semua yang padang ni perlu lebih masa kerana akar dia belum kuat. Saya juga sampaikan kepada semua yang berada di situ yang padang tersebut akan terkopak esok semasa perlawanan.



This is the proven product. Dah terbukti. Tetapi kena jaga betul betul. Tiada beza. Rumput sama, kontraktor sama. Beza dia di SNBJ tak ada TMJ di situ, itu aja. Football Association of Malaysia kalau nak pakai SSI cakap saya siapkan', titah baginda di laman Twitter dan Facebook peribadinya sebentar tadi.


5 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page