top of page
  • Writer's pictureSalehuddin Arsat

TMJ Tegas Dengan Sikap Pemain

Dalam satu sesi temubual bersama pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, salah satu punca kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) ialah profesionalisme dan kesungguhan para pemain semasa beraksi di atas padang. Perkara ini amat dititikberatkan baginda lebih-lebih lagi dengan gaji yang diterima mereka bukan kecil.



Sebagai pemain, mereka perlu memberi komitmen yang tinggi kepada pasukan. Sebarang persembahan yang bersifat sambil lewa pasti akan mencetuskan kemarahan bukan saja penyokong tetapi juga pihak pengurusan dan dianggap tidak profesional.


“Bagi saya, saya agak tegas dari segi persembahan mereka kerana mereka ini bukan terima gaji yang kecil ya. Jadi, oleh kerana benda itu, mereka harus sentiasa bersikap profesional, betul-betul profesional dari segi profesionalisme, menjalankan tugas mereka.


“Jadi, saya amat tegas dari segi hal berkenaan. Tetapi saya juga boleh orang kata bermurah hati, macam mana saya selalu jaga kebajikan pemain-pemain dan seterusnya.



“Benda itu mendapat respon positif bila kami menjaga orang yang bekerja dengan kami, mereka akan beri sepenuhnya,” titah baginda dalam temubual eksklusif bersama penyampai radio, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi segmen Bekpes Hot di Hot FM, 13 Mac yang lepas.



29 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page