top of page
  • Writer's pictureEditor

TORU ONIKI: BARISAN PEMAIN JOHOR DARUL TA'ZIM LEBIH BAIK DARI MUSIM LALU


Jurulatih Kawasaki Frontale, Toru Oniki mengakui barisan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) musim 2023 jauh lebih bagus berbanding musim lepas.



Aksi pembukaan Kumpulan I menyaksikan Frontale bergelut mencari sentuhan penyudah. Jika tidak kerana gol Marcinho pada minit ke-44, keputusan perlawanan hari ini mungkin saja berkesudahan seri tanpa jaringan.


Ini jauh lebih baik daripada kekalahan 5-0 yang dialami JDT di tangan mereka dalam aksi kumpulan ACL musim lepas.


Atas sebab itu, Oniki memuji kualiti tinggi yang ditampilkan skuad Harimau Selatan malam ini di gelanggang keramat mereka, Stadium Sultan Ibrahim.


“Pemain JDT memiliki kualiti individu dan berpasukan yang amat baik. Mereka beraksi lebih baik berbanding musim lalu,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan hari ini.


Oniki juga mengarahkan barisan pemainnya untuk beraksi lebih bertahan pada 10 minit terakhir perlawanan. Ini bagi menutup sebarang kebangkitan lewat tuan rumah pada akhir perlawanan.


“Ya itu memang arahan saya. Kami mahu beraksi lebih agresif tetapi kami susah untuk menyerang mereka (JDT),” tambahnya.


Pasukan yang diberi jolokan Gremio itu berharap dapat meneruskan rentak cemerlang dalam separuh akhir Emperor’s Cup menentang Avispa Fukouka pada 24 September ini.


Sementara JDT pula pastinya menggunakan kekalahan pertama mereka musim ini untuk mengatasi Negeri Sembilan FC dalam aksi kedua suku akhir Piala Malaysia pada 23 September ini. Sumber Artikel MakanBola

114 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page