top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

TUGASAN GENTING NAFUZI MENDAPATKAN PEMAIN NO.9 TERBAIK UNTUK KEDAH

Ada ramai penyerang prolifik Kedah yang diingati para peminat Kedah sepanjang zaman. Nama Marlon Alex James mungkin salah satu nama yang menjengah di fikiran.

Tapi bila kami up cerita Mat Don dalam dua artikel sebelum ni, langsung teringat kepada Ken Ilso, seorang pemain Role No. 9 yang cukup sifat sebagai penyerang sejati untuk menjadi pemusnah kepada pihak lawan.

Ken Ilso tidak perlu mengharapkan bola yang sempurna tetapi dia boleh sempurnakan dengan kemampuan dan kekuatan aspek klinikal yang dia miliki.

Sebab itu Ken Ilso adalah seorang penyerang poacher klasik terbaik yang pernah Kedah miliki ketika di kemuncak persembahan bersama-sama trio Mat Don dan Sandro.

Bagi aku, dia ada dua karakter sebagai poacher - fox in the box dan complete striker.

Perbahasan tentang karakter penyerang sentiasa mendapat perhatian khususnya dalam persediaan musim baru.

Bagi sesetengah peminat bola sepak, siapa yang bakal mengisi tempat sebagai penyerang pasukan lebih dinanti berbanding pemain di bahagian tengah dan pertahanan.

Ini kerana watak penyerang boleh mengubah suasana sesebuah perlawanan, apatah lagi dengan kelicikan dan aspek klinikal seseorang penyerang di hadapan gawang.

Kebiasaannya kita akan biasa bercakap tentang 'false 9', seorang penyerang yang memiliki kemampuan gelecekan yang tinggi, centre graviti yang rendah serta banyak memulakan pergerakan di bahagian yang lebih deep (tengah).

Tetapi sebenaqnya karakter penyerang pure No. 9 masih lagi relevan untuk diperhatikan.

Kebanyakan pasukan di Malaysia pun masih mengguna pakai penyerang No.9 yang klasik.

Sama ada karakter sebagai poacher, complete striker, target atau turut terlibat dalam build up ke depan macam deep lying forward.

Apa yang penting adalah sejauh mana penglibatan mereka mampu untuk menghadirkan jaringan kepada pasukan.

Seorang penyerang bukan sahaja menjadi seorang penjaring gol, bahkan juga seorang yang terlibat dalam shape dan rantaian hantaran berpasukan di attacking third.

Kredit: FB Page Analisis Tangga Ayam

0 views0 comments

Commentaires

Noté 0 étoile sur 5.
Pas encore de note

Ajouter une note
bottom of page