top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

TV9 Siar Aksi Harimau Malaya Bertemu Turkmenistan & Hong Kong


Aksi skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya bimbingan Kim Pan-gon ketika jendela antarabangsa FIFA bermula 20hb hingga 28hb Mac kelak dapat disaksikan secara langsung oleh orang ramai menerusi saluran televisyen percuma tempatan, TV9.


Makluman mengenai perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh TV9 menerusi hantaran di pelbagai platform media sosialnya, semalam.

Untuk makluman semua, sepanjang tempoh itu, Harimau Malaya akan menghadapi dua perlawanan iaitu bertemu Turkmenistan dan Hong Kong pada 23hb (Khamis) dan 28hb (Selasa) Mac masing-masing di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.


Program siaran langsung itu akan bermula jam 9.30 malam manakala sepak mula dijadualkan setengah jam berikutnya.


Bagi menghadapi dua perlawanan ini, Pang-gon telah memanggil 27 pemain yang majoritinya terdiri daripada pemain yang beraksi di Liga Super serta dua pemain yang beraksi di luar negara iaitu Dion Cools (Buriram United, Thailand) dan Nooa Laine (SJK Seinajoki, Finland).

5 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page