top of page
  • Writer's pictureMohd Redzuan Moslim

CABARAN GETIR GERGASI MERAH


Pengendali Gergasi Merah, Tan Cheng Hoe bakal menggalas tugasan berat untuk mengembalikan semula moral pasukannya apabila turun untuk meneruskan saingan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia menentang Terengganu FC malam ini. 


Nyata Kekalahan 2-0 kepada TFC pada suku akhir Pertama minggu lalu masih meninggalkan luka yang mendalam buat pemain dan penyokong Selangor FC dan mereka perlu memadam defisit itu di Stadium Majis Bandaraya Petaling Jaya.



Skuad Terengganu FC pasti akan memberikan cabaran yang cukup sengit di kala TFC kini sedang dalam prestasi yang terbaik untuk mengekalkan momentum kemenangan setelah berjaya membenam kelab Australia, Central Coastal Mariners FC dalam saingan Piala AFC baru-baru ini.


Aksi perlawanan dijangka akan disajikan dengan permainan pantas di mana pasukan Selangor FC semestinya akan berjuang bermati-matian di hadapan penyokong sendiri bagi memadamkan defisit jaringan yang dimiliki oleh pelawat.



Manakala bagi TFC pula, kelebihan jaringan yang dimiliki sudah pastinya mahu dimanfaatkan sepenuhnya bagi meneruskan saingan serta mencabar kejuaraan Piala Malaysia pada tahun ini.


Saingan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2023 bagi pasukan Selangor FC dan Terengganu FC ini akan berlangsung pada hari Ahad, 24 September 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan perlawanan dijadualkan bermula pada 9 malam.



12 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page