top of page
  • Writer's pictureEditor

Willian Lira Bantu Fadzrul Danel Mencari Semangat Yang Hilang.

Seperti apa yang sering dibahaskan oleh penyokong Kedah mengenai kemerosotan prestasi yang mendadak Fadzrul Danel kebelakangan ini, semalam beliau membuktikan kepada penyokong bahawa potensi yang wujud dalam diri beliau masih ada.

Sayang kepada bakat yang dimiliki oleh Fadzrul Danel kerana seperti apa yang semua penyokong Kedah sedia maklum, beliau adalah salah seorang prospek masa depan buat pasukan Kedah satu ketika dahulu.


Tetapi di bawah pengendali sebelum ni, bakat beliau tidak digilap dengan sebaiknya dan Fadzrul tenggelam hampir 2 musim.


Beliau sepatutnya sudah boleh menjadi salah seorang pemain tengah yang disegani dalam kancah bolasepak Malaysia pada ketika ini jika bakat beliau digilap sebaik mungkin.


Kredit buat Willian Lira yang tak stop the run dan terus lakukan pressing semasa Pusic Damagoj melakukan "school boy error" di defensive third pada minit-minit akhir perlawanan yang mengakibatkan kekalahan buat mereka.

Pusic Damagoj juga sebenarnya salah seorang pemain yang menyukarkan pasukan Kedah di middle third dalam keseluruhan perlawanan semalam. Pusic Damagoj adalah type of destroyer (Role NO6).


Tugasan beliau adalah untuk melakukan dirty work bagi TFC dan juga merupakan pair kepada Liridon Krasniqi dalam sistem double pivot yang berasaskan formasi 4-2-3-1.


1 moment mistake yang Pusic lakukan diminit-minit akhir membuatkan TFC berputih mata.


89 minit permainan Pusic Damagoj yang mengagumkan, akhirnya beliau dicemuh akibat 1 kesilapan mudah yang membuatkan TFC tewas buat kali yang kedua.


Willian Lira untuk pasukan Kedah pula dalam perlawanan ini menjadi wira yang tak didendang.


Rantaian daripada midfielder ke striker terputus (disjointed) mengakibatkan Lira nampak seakan-akan isolated sepanjang perlawanan ini.


Beliau tak dapat support yang cukup di bahagian hadapan.


Manuel Hidalgo dan Fayad Zulkifli tak mampu untuk menjadi hub kreatif kepada Lira dari sistem sayap.


Lee Tuck tak mampu berfungsi dengan baik untuk menampung "loop hole" di zone 14 pasukan Kedah. Manuel Ott terpaksa membantu Armibek Juraboev menutralkan ancaman Liridon Krasniqi dan Pusic Damagoj di middle third.


Sistem NO8 pasukan Kedah tak mampu untuk membantu dalam fasa pertukaran transisi dari bertahan kepada menyerang dengan lebih efektif.


Mujur dengan kemasukan Jonathan Ballotelli dan Al-Hafiz Harun dapat menampung kelemahan Kedah di wide area. Itu adalah turning point kepada kebangkitan Kedah pada minit-minit akhir perlawanan.


Kesimpulannya walaupun penyokong Kedah tidak dapat melihat Willian Lira menghasilkan jaringan semalam, tetapi apa yang Lira dapat hasilkan sepanjang perlawanan tu?


Ya, beliau dapat boost semula semangat Fadzrul Danel untuk gol kemenangan tu.


Walaupun ada yang berpendapat bahawa itu adalah gol mudah untuk Fadzrul Danel tapi itu adalah apa yang beliau sangat-sangat perlukan buat masa ni.


Beliau perlukan sesuatu yang dapat bangkitkan semula semangat beliau.


Dan kami berharap Fadzrul Danel akan mendapat semula prestasi dan keyakinan diri beliau sepertimana kita kenal Fadzrul Danel satu ketika dulu.


Acapkali telah kami perkatakan bahawa kemenangan Kedah sebelum ini ketika menentang pasukan Perak tak hanya berpaksikan kepada kemampuan individu pemain semata-mata sebaliknya kejayaan ini atas dasar usaha kolektif sepasukan.


Tahniah buat pasukan Kedah untuk 3 mata berharga di Darulaman dan tahniah buat Fadzrul Danel!


5 views0 comments

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
bottom of page